Terma & Syarat

     



TERMA & SYARAT PEMBELIAN PRODUK DYZA BEAUTY

Pembelian Produk

Setiap pembelian produk yang telah berlaku tidak boleh dipulangkan semula atau ditukar ganti dengan wang ringgit.Selepas bayaran dibuat pelanggan ( termasuk agen atau stokis ) tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang dibuat.Selepas bayaran dibuat pelanggan dianggap bersetuju dengan semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh DYZA BEAUTY.



Produk Rosak

Produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan semula kecuali berlaku kecuaian dari pihak dyza beauty seperti produk yang rosak melebihi 70% sebelum dijual.Semua produk adalah dijamin berada sepenuhnya dalam keadaan yang baik sebelum dipos oleh pihak dyza beauty hq. Pihak Dyza Beauty hq tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan produk atas apa juga sebab semasa proses penghantaran oleh pihak perkhidmatan kurier.



Testimoni

Dyza Beauty berhak untuk menggunakan semua testimoni gambar atau video yang telah diberikan kepadanya untuk tujuan kempen promosi produk Dyza Beauty yang berkaitan. Dyza Beauty tidak akan memadam testimoni gambar atau video yang telah diberikan kepada pihak Dyza Beauty.Testimoni gambar dan video yang diberikan adalah 100% hak milik mutlak Dyza Beauty dan Dyza Beauty berhak untuk menggunakannya untuk semua jenis promosi-promosi Dyza Beauty,



Pindaan

Terma & syarat di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

No comments:

Post a Comment